Keputusan Najib rasmi AGM Umno Pasir Gudang

  • 9 years ago
Umno Pasir Gudang hari ini mendedahkan bahawa mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu kali ini 'bertuah' kerana dirasmikan oleh presiden mereka sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik, kedatangan Najib itu adalah atas 'undangan' beliau sendiri dan bukan kehendak bahagian berkenaan.

Mengumumkan perkara itu sebelum ketibaan Najib, ketua bahagian berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, dua bulan lalu Presiden Umno berkenaan - melalui sekretariat parti - memaklumkan akan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka.