Media Thai: Bukan kunjungan rasmi, tapi Najib beli-belah, main golf

  • 9 years ago
Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.

Memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawatan Najib, General Prayut Chan-o-cha, akhbar itu berkata bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.