Anwar: Perjuangan tetap diterus, dengan atau tanpa saya

  • 9 years ago
Menjelang Selasa ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa perjuangan mesti diteruskan sama ada dengan ataupun tanpa dirinya.

Dilihat sebagai sidang media terakhirnya sebelum keputusan rayuan kes liwat II yang membabitkan dirinya diumumkan, Anwar berkata di dalam politik tidak ada sesiapa yang tidak dapat digantikan.