'Saya faham jadi saya kena uruskan dengan betul'

  • 5 years ago
Bersatu perlu mengambil pendekatan berhati-hati sebelum memutuskan untuk melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata ini kerana Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai perjanjian dengan Warisan yang dipimpin presidennya, Shafie Apdal sebelum ini.

Mengenai kehadiran Bersatu di Sarawak pula, Muhyiddin berkata ia juga memerlukan pendekatan berhati-hati supaya kehadiran mereka tidak akan menimbulkan masalah dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), terutama selepas mereka mengumumkan sebagai pro-Harapan.

Beliau berkata antara isu yang perlu dibincangkan dengan GPS adalah mengenai dasar ekonomi, termasuk mengenai sumber petroleum di negeri itu.

Muhyiddin berkata demikian semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Recommended