'Anwar tak salah, tak perlu pengampunan Agong'

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad secara peribadi berpendapat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya.

Katanya, sekiranya Anwar memohon pengampunan, ia seperti membuktikan ketua pembangkang itu bersalah di atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.