'Kalau Anwar tak salah saya tak lawan walaupun Najib suruh'

  • 9 years ago
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pada satu forum malam tadi, beliau tidak mempunyai niat menghumban Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara walaupun ia disuruh oleh perdana menteri.

Tambah beliau sebagai seorang yang berkeluarga, beliau memahami perasaan isteri dan anak ketua pembangkang itu yang terpisah daripada bapanya selepas beliau didapati bersalah dalam kes liwatnya minggu lepas.