IGP perasan dirinya ulama muktabar, kata Rafizi

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak sebagai ulama muktabar kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis akan menyiasat mereka yang membuat komen mengenai agama sedangkan mereka bukan pakar.

Katanya, Islam tidak meletakkan sebarang peraturan bahawa hanya orang tertentu boleh berbincang mengenai soal agama.