MB sahkan perjanjian air S'gor - pusat disambung semula

  • 9 years ago
Menteri Besar Mohamad Azmin Ali mengesahkan perjanjian air di antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan disambung semula hari ini.

Katanya, ini kerana Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Datuk Maximus Ongkili telah mengutus surat mengatakan mereka akan kembali merujuk kepada semangat perjanjian asal.