Sirul main politik, Pakatan ambil kesempatan

  • 9 years ago
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M Kayveas berkata isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu sengaja dipolitikkan bagi pihak yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil meluahkan sokongan penuh PPP kepada Najib, katanya bekas Koperal polis Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya cuma mencari alasan supaya dirinya terlepas sedangkan beliau boleh membela dirinya semasa perbicaraan tetapi memilih untuk mendiamkan diri ketika itu.

Recommended