Denda, penjara jika tak solat Jumaat di Kedah

  • 9 years ago
Mulai 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Bernama yang memetik Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Namun, katanya, JAIK tidak akan mengeluarkan saman secara membuta tetapi akan bertindak
mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.