Menteri dakwa Obama, Putin iktiraf kepimpinan Najib

  • 9 years ago
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur sebagai perdana menteri.

Pada ucapannya pada sebuah majlis di Kuala Lumpur, katanya, kepimpinan Najib dipandang tinggi dan mendapat pengiktirafan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Russia Vladimir Putin.