Pembangkang dakwa RMK11 pinggirkan negeri Pakatan

  • 9 years ago
Pemimpin pembangkang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminggirkan negeri-negeri Pakatan Rakyat ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, sebahagian besar projek dan pembangunan hanya tertumpu di kawasan dan negeri majoriti penyokong BN sahaja.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu.