PERKASA ‘bersatu’ dengan PAS demi Morsi

  • 9 years ago
Meskipun sering-kali tidak sependapat dalam pelbagai isu, namun PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini ‘bersatu’ menentang hukuman bunuh terhadap bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Kedua-dua mereka mengadakan protes di kedutaan Mesir petang ini yang bermula daripada dua tempat berbeza tetapi kemudiannya 'bertembung' berhampiran bangunan kedutaan di Jalan Ampang Hilir.