• 3 years ago
Parti yang baru didaftarkan, Pejuang menafikan bahawa pengerusinya Dr Mahathir Mohamad akan bekerjasama dengan bekas partinya, Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata biro politik Pejuang juga tidak pernah membincangkan kerjasama seperti itu.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul khabar angin mengenai wujudnya kerjasama di antara Mahathir dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Category

🗞
News

Recommended