Program Kembara Pahang 1.0 berakhir selepas tiga hari Sultan Pahang menjelajah empat daerah, menyantuni rakyat dan menikmati keindahan alam semula jadi serta suasana kampung.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Program Kembara Pahang 1.0 melabuhkan tirainya pada Rabu selepas tiga hari Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ayatuddin Al-Mustafa Bilashah berkenan menjelajah empat daerah di negeri itu.
00:13Al-Sultan Abdullah dengan diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta rombongan selamat tiba di lokasi terakhir di Pantai Lejenda malam tadi.
00:24Sultan Pahang bertitah bagi damat teruja dengan perjalanan yang ditempuhi kerana dapat menyantuni rakyat secara dekat, menikmati keindahan alam semula jadi dan suasana kampung di negeri ini.
00:34Program Kembara Pahang 1.0 yang membuatkan jarak perjalanan 428km berbulan pada Isnin menjelajah daerah Maran, Tebeluh, Bera dan Pekan.
00:44Pelbagai cara menarik diatur sepanjang program berkenaan antaranya sumbangan kepada asnaf, kenduri dan sukar rakyat yang bertujuan menyantuni penduduk setempat serta mengenali mereka secara lebih dekat.
00:56Al-Sultan Abdullah bertitah baginda berhasrat mengadakan program seumpama itu pada masa hadapan dengan menjelajah ke daerah yang belum sempat dikunjungi pada program ini.
01:04Terima kasih telah menonton!