Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/22/2025
Menurut Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Ramle Kasin, kejayaan itu didorong kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam kalangan pengusaha serta petani koko di negeri itu.
Transcript
00:00Sabah terus mengekalkan kedudukan sebagai negeri pengeluar koko terbesar di Malaysia dengan menyumbang lebih 60% keseluruhan pengeluaran koko negara.
00:09Menurut Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Ramli Kasin, kerja itu didorong kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam kalangan perusahaan serta petani koko di negeri itu.
00:21Sabah adalah antara kita punya pengusaha koko, tanaman yang terbesar di Malaysia. Kita melebih dalam 60% daripada pengeluaran koko di Malaysia ini dikeluarkan daripada Sabah.
00:34Dan kebanyakan petani kita ataupun pengusaha koko kita di sini memang mempunyai pengetahuan, kemahiran yang baik.
00:43Harganya sentiasa berkembang, sentiasa naik dan turun pada ketika ini tetapi berada pada tahap yang sangat baik, masih atas RM20,00 satu tanah ataupun RM20,00 satu kilo koko kering.
00:57Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Mahkamah Malam bersama media dan rakan kerjasama Lembaga Koko Malaysia di Kota Kinabalu.
01:05Tambahnya meskipun harga koko mengalami turun naik mengikut pasaran semasa, ia masih kekal berada pada tahap memberangsangkan iaitu melebihi RM20,00 sekilogram koko kering.
01:17Dalam masa sama, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan bagi memastikan sektor koko negara kekal berdaya saing termasuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan.
01:27Banyak kita punya R&R yang baru seperti penghasilan dari segi bahan tanaman, bajak yang sesuai.
01:33Malah kita pergi kepada IOT, penggunaan IOT yang untuk meningkatkan lagi produktiviti, mengurangkan lagi pergantungan kepada kita punya tenaga buruh.
01:47Sekarang ini, sebenarnya banyak estate yang datang semula, mula mengusahakan koko dan kalau mereka ini dapat mengusahakan memang adalah satu penghasilan yang akan bertambah baik pada masa akan datang.
02:00Katanya, pengenalan teknologi seperti Internet of Things atau IOT dalam pengurusan ladang koko turut membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manual.
02:12Selain itu, beberapa ladang berskala besar yang sebelum ini tidak lagi mengusahakan koko, kini mula kembali melabur dalam sektor ini.
02:20Satu perkembangan positif yang dilihat mampu melonjakkan kembali industri koko ke tahap lebih kukuh dan mampan pada masa akan datang.
02:28Terima kasih telah menonton!

Recommended