JAKIM membuat laporan rasmi kepada MCMC mengenai komen tidak bertanggungjawab di Facebook Astro Awani semasa Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyeru tindakan sewajarnya diambil.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Cepatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM membuat laporan rasmi kepada Surah Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC berhubung tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani ketika istiadat pengebumian negara Tun Abdullah Ahmad Badawi pada selasa.
00:17Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Syirajudin Suhaimi, laporan itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
00:27Jelasnya dalam satu kenyataan, kerajaan melalui JAKIM memandang serius tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani bertarikh 15 April 2025 berkaitan majlis penghormatan terakhir oleh Alhamdulillah Ahmad Badawi.
00:44Komen itu jelas memperlekeh serta mempermainkan ajaran Islam, khususnya pada saat penuh hibah dan penghormatan terakhir terhadap pemegian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
00:55Sikap sebegini amat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perasaan masyarakat Islam, khususnya pihak keluarga Allah Erham.
01:03Syirajudin berkata komen berunsur penghinaan bukan sahaja boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat Islam, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.
01:12Justru beliau menggesa semua pihak untuk menghentikan sebarang bentuk hantaran atau komen yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
01:24Tun Abdullah, 85 tahun yang juga Perdana Menteri kelima, mehembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pada 7.10 malam Isnin.
01:32Jenazah Tun Abdullah dikebumikan mengikut istiadat pengebumian negara di Makam Pahlawan Masjid Negara yang turut dihadiri pemimpin tertinggi negara, kenamaan serta pelbagai lapisan masyarakat bagi memberikan penghormatan terakhir.
01:45Terima kasih telah menonton!