Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan pertukaran 31 MoU dan dokumen kerjasama dalam pelbagai sektor antara Malaysia dan China sempena lawatan rasmi Xi ke Malaysia.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping pada Rabu menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman MOU dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.
00:13Majlis itu diadakan di Kompleks Seri Perdana sepenuh lautan negara tiga hari, Xi Jinping ke Malaysia bermula selasa.
00:20Antara yang menjadi tumpuan ialah MOU antara Kerajaan Malaysia dan agensi berita Xinhua dari China dalam bidang berita dan maklumat.
00:27Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fazil dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yu Jing masing-masing mewakili Malaysia dan China dalam pertukaran dokumen itu.
00:37Menuruti MOU ini, penyiar rasmi negara RTM dan Xinhua akan bekerjasama dalam aktiviti media bersama, terutamanya pertukaran berita serta penerbitan bersama program dan dokumentari bagi mengetengahkan keunikan negara masing-masing dan memperkukuh persefahaman bersama.
00:52Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan dan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi, bertukar MOU antara Kerajaan Malaysia dan China bagi mempromosi kerjasama di bawah Inisiatif Keselamatan Global.
01:03Satu perjanjian pengecualian visa secara timbal balik bagi pemegang pasport urusan rasmi dan pasport biasa, turut dipersetujui antara keduduk kerajaan dengan Malaysia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan China diwakili oleh Wang.
01:17Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan China Wang Wentao pula bertukar tiga MOU yang merangkimi kerjasama dalam perkhidmatan perdagangan.
01:29Menteri Pengangkutan Anthony Lok Siu Folk dan O Yang bertukar MOU antara Kementeriannya dan Pertabiran Kereta Api Nasional China bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor kereta api.
01:38MOU mengenai sokongan bersama pembinaan makmal bersama dalam teknologi baru muncul telah berlangsung antara Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Chang Li Kang dan O Yang.
01:48Dalam bidang pengajian tinggi, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir dan O Yang bertukar MOU antara Universiti Malaya dan Universiti Peking mengenai pembinaan makmal gabungan baharu AI Plus China-Malaysia.
01:59Selain MOU Malaysia dan China bertukar dua nota, dua perjanjian dan protokol untuk memajukan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.
02:08Terima kasih telah menonton!

Recommended