Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, menyatakan bahawa pencerobohan tanah termasuk dalam kategori merampas hak orang lain secara zalim yang diharamkan oleh syarak.

Tindakan ini mencabuli prinsip penjagaan harta (Hifz al-Mal) dalam Maqasid al-Syariah dan mencabar peranan pemerintah dalam memelihara keadilan dan kemaslahatan ummah.
Transcript
00:00Pencerobohan tanah termasuk dalam kategori merampas hak orang lain secara zalim yang diharamkan oleh syarab.
00:08Mufti Pahang Prof. Dr. Asmadi Muhammad Naim dalam kenyataan berkata,
00:12tindakan itu turut mencabuli prinsip penjagaan harta atau hifz al-mal dalam makasid al-syariah selain mencabar peranan pemerintah dalam memelihara keadilan dan kemaslahatan umah.
00:24Ujahnya tindakan itu juga merupakan satu bentuk kemungkaran, pengkhianatan amanah dan jenayah syari'i yang membawa kepada kerosakan bumi serta penindasan terhadap rakyat.
00:37Kata Asmadi lagi, konsep Ihya Al-Mawad juga tidak boleh digunakan.
00:43Ini kerana ia akan memberi mudarat kehilangan tanah yang besar kepada kerajaan untuk melaksanakan projek bermanfaat kepada seluruh rakyat.
00:49Jelasnya konsep itu hanya dapat dilaksanakan jika ia menjadi dasar kerajaan.
00:56Namun rakyat pada masa kini wajib mendapatkan kelulusan permit oleh kerajaan.
01:01Ini kerana semua rakyat tertakluk kepada undang-undang melalui Akta Kanun Tanah Negara 1965.
01:08Asmadi berkata Jabatan Mufti Negeri Pahang menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah berhubung isu pencerobohan tanah secara haram.
01:18Antara lain pihaknya menyeru pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dan berintegriti yang berpaksikan prinsip Hisbah dan Amar Ma'ruf Nahi Munkar.
01:30Beliau juga mengingatkan rakyat negeri itu untuk mematuhi titah Sultan Pahang dengan bekerjasama menyalurkan maklumat berkenaan sebarang pencerobohan yang berlaku.
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended