Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh beberapa kontrak kapal sokongan luar pesisir (OSV) di Malaysia dan Thailand yang bernilai hampir RM100 juta.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Sapura Energy Berhad, SEB memperoleh beberapa kontrak kapal sokongan luar pesisi OSV di Malaysia dan Thailand yang bernilai hampir RM100 juta.
00:10Dalam satu kenyataan, SEB berkata kontrak itu akan memastikan bot kerja penginapan dan kapal geosurvei syarikat beroperasi untuk tempoh lanjutan sepanjang tahun kewangan 2026.
00:21Katanya kontrak itu termasuk penyiwaan dua bot kerja berkapasiti 200 orang, KPV Redang dan Sapura Duyung, bagi menyokong operasi luar pesisir di Malaysia Timur.
00:34Bagi KPV Redang, kontrak bermula pada Februari untuk tempoh setahun dengan pilihan lanjutan satu tahun, manakala untuk Sapura Duyung bermula pada Mac dan berjalan selama lapan bulan dengan pilihan lanjutan selama dua bulan tambahan.
00:48SEB juga berkata bot kerja penginapan luar pesisi berkapasiti 200 orang, Sapura Aman, memperoleh penyewaan selama 245 hari dengan pilihan lanjutan 90 hari lagi dengan pengendali Malaysia.
01:03Selain itu, anak syarikat SEB Sapura Offshore, Seneberhan menggunakan bot kerja penginapan OSV berkapasiti 300 orang iaitu Sapura 300 untuk tempoh 30 hari.
01:16Kedua-dua kapal akan menjadikan penghidmatan penginapan untuk kru luar pesisir di Malaysia.
01:21Ia berkata kontrak di Thailand melibatkan penghidmatan penggerudian tanah geoteknikal menggunakan Sapura Wira untuk menyokong penggerudian di medan minyak rusukan di Teluk Thailand.
01:32Pada tahun kewangan 2025, SEB mencapai 99% masa beroperasi untuk semua OSV dan mengekalkan rekod keselamatan yang sempurna dengan sifar kejadian dan sifar kehilangan masa.