Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global serta perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China, Malaysia disaran untuk memperkukuh pendirian berkecuali dengan memperkenalkan semula dasar Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) dalam versi yang lebih segar dan relevan.
Transcript
00:00Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global serta perang dagangan antara Amerika Syarikat dan Cina, Malaysia disaran memperkukuh pendirian berkecuali dengan memperkenalkan semula dasar Zone of Peace, Freedom of Neutrality, ZOPFAN dalam versi yang lebih segar dan relevan atas ZOPFAN 2.0.
00:19Secara kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Fakulti Sastra dan Sains Sosial Universiti Melayu, Prof. Maja Dr. Roy Anthony Rogers menegaskan konsep itu yang diperkenalkan Malaysia pada tahun 1971 kini dilihat semakin relevan dalam konteks geopolitik serantau yang kian mencabar.
00:37Balik kepada persoalan tadi yang mana mengenai dalam suasana yang tidak menentu akibat kenaikan tarif oleh pihak Amerika Syarikat dan juga perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan Cina.
00:54Pada pandangan saya Malaysia tidak harus terheret dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan Cina kerana Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan atau dengan izin a trading nation, kita memerlukan Amerika Syarikat dan juga kita memerlukan Cina.
01:15Malahan bagi saya konsep ZOPFAN atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality yang telahpun ditarakan oleh Malaysia pada 1971 amat relevan pada hari ini dan tidak keterlaluan kalau saya boleh cadangkan supaya kita meneruskan konsep ZOPFAN ini mungkin ZOPFAN 2.0
01:40dalam suasana yang tegang antara Amerika Syarikat dengan Cina ataupun orang ada pesajanan mengatakan kita telah masuk dalam era perang dingin kedua.
01:50Maka ZOPFAN ini amat penting untuk memastikan dasar berkecuali dapat diteruskan.

Recommended