Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/16/2025
Data terbaharu yang disiarkan di Myanmar Now mendedahkan sehingga Selasa, angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda negara itu meningkat kepada 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang.
Transcript
00:00Selepas ini angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala rektal yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,706 orang.
00:09Agensi berita Anadolu yang memetik Myanmar Now melaporkan sehingga selasa, 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang.
00:18Gegaran kuat pada 28 Mac itu turut dirasai di negara jiran termasuk Thailand menyebabkan bangunan pejabat audit negara runtuh di Bangkok.
00:25Menurut Bangkok Post, angka kematian akibat runtuhan bangunan meningkat kepada 44 orang selepas lebih banyak mayat ditemukan di lokasi kejadian.
00:34Timbalan Gabnor Bangkok berkata, cebisan mayat yang ditemukan dihantar kepada polis forensik untuk pengesahan identiti sekaligus mengesahkan angka korban.
00:43Seramai 50 orang masih dilaporkan hilang di lokasi berkenaan.
00:46Pihak berkuasa Thailand meminta kedutaan Myanmar mengumpul sampel DNA daripada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Myanmar Thailand bagi membantu proses pengecaman mangsa.
00:56Pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan turut menjalankan siasatan berhubung punca runtuhan bangunan termasuk menyemak latar belakang kontraktor dan menilai kualiti bahan binaan yang digunakan.
01:07Terima kasih telah menonton!

Recommended