Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan tuntutan pembebasan semua tebusan semasa lawatan ke Gaza utara, sambil menerima taklimat keselamatan bersama pegawai tertinggi tentera.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan pembebasan suma atau busa rakyat Israel merupakan keutamaan Israel.
00:06Tegasnya, pencapaian matlamat peperangan hanya dapat direalisasikan melalui keberanian serta pengorbanan pasukan tentera rejim itu.
00:15Beliau mengadikan lawatan ke utara Gaza pada selasa bersama Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera serta beberapa pegawai kanan lain.
00:22Dalam lawatan tersebut, beliau menerima taklimat keselamatan mengenai operasi ketenteraan yang sedang berlangsung dengan fokus utama untuk membebaskan semua tebusan Israel serta melumpuhkan sepenuhnya kumpulan Hamas.
00:35Kenyataan oleh pejabat Perdana Menteri itu tidak memperincikan lokasi sebenar yang dikunjungi Netanyahu di utara Gaza.
00:41Malah ia tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan Hamas bahawa mereka telah kehilangan hubungan dengan penjaga kepada tebusan Israel Amerika, Eden Alexander.
00:49Menurut Hamas, lokasi di mana Alexander ditahan dipercaya telah dibom oleh tentera Israel, namun tiada pengesahan lanjut mengenainya.
00:58Setakat ini Hamas masih menahan seramai 59 orang tebusan, manakala hampir 200 tebusan telah dibebaskan sama ada melalui rundingan dengan Hamas ataupun operasi menyelamat oleh pasukan tentera Israel sejak konflik bermula 18 bulan lalu.