Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/14/2025
Polis sahkan anggota IPK Pulau Pinang yang tertembak diri alami masalah peribadi termasuk kewangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anggota polis yang meninggal dunia selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Pulau Pinang pada selasa lalu, dikenal pasti menghadapi beberapa masalah peribadi termasuk isu kewangan.
00:14Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata siasatan telah lengkap dengan sembilan individu dirakam keterangan termasuk bekas isteri, rakan rapat mangsa serta anggota polis dan pakar perubatan.
00:25Hasil siasatan dapati mendiang menghadapi tekanan dalaman dan masalah peribadi termasuk kemungkinan berkaitan kewangan.
00:32Anggota polis berusia 58 tahun yang bertugas di cawangan kamp komandan itu ditemui barah akibat tembakan di kepala pada jam 6.12 petang selasa lalu sebelum meninggal dunia di hospital dua hari kemudian pada Kamis jam 5.12 petang.

Recommended