Skim Simpanan Pendidikan Nasional dikenali dengan Simpan SSPN merupakan simpanan jangka panjang bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Bagaimana peranan PTPTN?
00:30Bagaimana PTPTN berperanan melalui simpan SSPN ini mampu untuk memastikan bahawa kelangsungan pendidikan terutama pengajian tinggi anak-anak bakal pemimpin masa hadapan negara ini dapat diteruskan dengan baik.
00:48Saya berbesar hati di sebelah kanan saya Puan Mastura Muhammad Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN. Terima kasih Puan Sudi hadir ke Estrawani.
00:57Sama-sama.
00:57Dan belum terlambat. Selamat Hari Raya. Belum terlambat lagi.
01:01Selamat Hari Raya juga buat hari.
01:02Okey Puan. Pertama sekali mungkin Puan boleh ceritakanlah. Sebagai PTPTN, sebagai peneraju utama tabung pendidikan negara ini, apa mungkin perancangan jangka panjang PTPTN untuk menyesuaikan dengan perubahan dinamik pendidikan tinggi di Malaysia ini Puan?
01:19Saya pasti semua rakyat Malaysia memang biasa sangat dengan nama PTPTN. Alhamdulillah tahun 2025 ini genaplah 28 tahun PTPTN menyumbang bakti kepada peningkatan modal insan negara ini melalui dengan menjayakan aspirasi kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang tercicit untuk melanjutkan pengajian ke IPT.
01:43Dan melalui itu kita membantu pelajar yang dapat masuk ke IPT dengan menyediakan dana pinjaman pendidikan. Jadi untuk kehadapan, untuk jangka masa panjang sebenarnya kita tidak mahu dilihat sebagai agensi pemberi pinjam selepas itu mengutip hutang.
02:01Tapi sebenarnya kita nak dikenali sebagai tabung pendidikan. Kalau tengok pun tabung pendidikan yang mana bukan sahaja meminjam tapi sebenarnya nak galakkan ibu bapa untuk membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.
02:16Jadi kita nak ubah sebenarnya landscape ataupun mindset rakyat Malaysia daripada meminjam kepada menyimpan.
02:22Sebagaimana kalau kita ada tabung haji dalam Malaysia ini untuk merancang kewangan untuk menunaikan padu haji dan juga kita ada KWSP untuk simpanan bagi hari tua nanti.
02:33Mungkin juga kita faham misi murni PT-PTN selama 28 tahun ini seperti Puan maklumkan tadi.
02:40Adakah dari segi mencapai target itu dan juga fokus mendepani cabaran yang akan datang ini? Target satu perkara. Cabaran yang akan datang ini juga banyak juga Puan.
02:53Ya. Kalau kita lihat sebenarnya kita tengok apa yang telah kita capai selama 28 tahun ini PT-PTN telah pun membantu 4.1-2 juta anak Malaysia melanjutkan pengajian ke IPT.
03:05Saya salah seorangnya lah.
03:06Oh Alhamdulillah. Dan dengan dana yang kita sediakan sebanyak 74 bilion. Itu satu jumlah yang besar.
03:14Jadi ini bermakna penubahan PT-PTN dan juga operasi PT-PTN telah mencapai objektif yang disasarkan oleh kerajaan.
03:22Namun begitu kita nak lihat fokus kita ke masa hadapan.
03:25Sebab kita lihat rakyat Malaysia ini masih lagi mentalitinya daripada meminjam berbanding merancang dan juga menabung.
03:34Jadi kita berhasrat untuk ke hadapan ini kita masih nak bantu juga rakyat Malaysia masuk ke IPT.
03:40Tapi mungkin dalam bentuk ada simpanan sendiri.
03:43Tidak terbeban untuk membayar balik pinjaman selepas tamat belajar nanti.
03:48Jadi kalau kita lihat pun sebenarnya fokus yang ke hadapan kita ini memang ada banyak cabaran.
03:54Kerana kalau kita lihat rakyat Malaysia ini memang rata-ratanya dari segi menyimpan itu kurang sikit.
04:00Kita tengok ada banyak kajian yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Keuangan, oleh Bandegara Malaysia, oleh jaringan pendidikan keuangan.
04:09jawatankuasa jaringan pendidikan keuangan yang mana antaranya mengatakan bahawa 63% hanya boleh bertahan selama 3 bulan kalau mereka diberhentikan kerja.
04:21Seterusnya lebih kurang, kalau kita tengok ini meningkat.
04:26Kalau dulu tahun 2019 53% saja dah naik kepada 63%.
04:30Lepas itu kita lihat FEN juga membuat kajian bahawa rakyat Malaysia ini rata-rata tidak mempunyai simpanan untuk kecemasan.
04:40Dan 47% tak ada RM1,000 jika berlaku kecemasan.
04:47Jadi ini sebenarnya kita nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa sangat penting.
04:52Setiap pendapatan mungkin ada rakyat Malaysia yang kata bahawa saya tak ada gaji atau pendapatan saya kecil.
04:57Tapi sebenarnya setiap pendapatan kita mesti letakkan ke tepi untuk simpanan dulu.
05:02Barulah kita berbelanja.
05:04Dan sebenarnya simpanan ini memang didorong oleh kos sara hidup.
05:09Bukan didoronglah, dihalang.
05:11Jadi kalau kos sara hidup meningkat, kuranglah menyimpan.
05:14Tapi kepada rakyat Malaysia sebenarnya simpanan ini sangat penting.
05:19Lebih-lebih lagi kita tahu bahawa kos peningkatan tinggi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
05:24Bukan barang saja meningkat, urine masuk ke APT juga meningkat.
05:27Ya, betul.
05:28Dan sebenarnya simpanan SSPN ini ada banyak-banyak pakej-pakej jenis simpanan amountnya itu.
05:34Boleh layari website PT-PTN untuk dapatkan maklumat lanjut.
05:37Tapi Puan dalam konteks musim perayaan ini lah.
05:40Mood dengan musim perayaan ini kita tahu perbelanjaan ini mungkin kadang-kadang berlebih belanja.
05:45Dan juga apa bentuk pendekatan yang lebih bijak dan yang dapat diterapkan untuk mengurus keuangan tanpa tekanan keuangan ini Puan?
05:52Kata kuncinya adalah perancangan keuangan.
05:55Mungkin kalau kita kata kita nak raya hari itu bulan Mac, 31 Mac.
05:59Kita sebenarnya patutnya dah merancang daripada tahun lepas.
06:02Raya tahun lepas sehingga raya tahun ini setahun.
06:04Jadi kalau kita rancang ada simpanan setiap bulan, kita sudah ada satu tabungan untuk perayaan.
06:11Seterusnya kita hendaklah juga mengamalkan perbelanjaan berhima.
06:14Kita memilih apa yang perlu sahaja untuk kita buat perbelanjaan.
06:19Memang ada, sekarang ni ramai betul orang buat open house dengan cara yang sangat besar, berskala besar.
06:26Saya menasihatkan kepada RedMesia, berhati-hatilah bila membuat perancangan untuk rumah terbuka.
06:32Bukan tak boleh, tapi tidaklah kita rancang lebih awal lagi.
06:36Dan yang akhir sekali, saya rasa budaya memberi wang duit raya masih lagi berterusan sehingga sekarang.
06:43Walaupun kita dah banyak online-online, tetapi duit raya masih lagi diberi dalam sampel duit raya.
06:49Jadi kepada ibu bapa, sebenarnya kita memang kena galakkan anak kita, kena latih anak kita daripada awal lagi dapat duit raya simpan.
06:57Bukan dapat duit raya untuk beli mainan, beli makanan, jajan dan sebagainya.
07:01Jadi kena ada juga penerapan dapat duit, kalau duit raya RM10, berapa belanja, berapa simpan.
07:09Kalau kita dulu-dulu dapat RM1, RM5, RM9, sekarang ni saya rasa rata-rata RM5 dan ke atas lah duit raya yang terima.
07:17Ya, Puan mungkin apa bentuk pendekatan strategik untuk memperkukuh impak sosial dalam simpanan kepada masyarakat dengan kempen PT-PTN yang sedia ada, Puan?
07:25Dari segi impak sosial ni, mestilah kita nak beri manfaat tambahan kepada peminjam ataupun dalam bentuk insentif.
07:33Jadi untuk memberikan insentif ini, kita mengadakan kempen iaitu memang sinonim sekalilah saban tahun PT-PTN yang mengadakan cabutan WOW Simpan SSPN.
07:45Jadi untuk musim perayaan ini, kita ada cabutan siri WOW Simpan SSPN 2025 Gongzi Raya.
07:54Yang bermula pada 1 Januari 2025 sehinggalah 30 April ini.
08:00Jadi kepada ibu bapa di luar sana, masih ada masa lagi berbaki, lebih kurang setengah bulan lagi untuk mereka membuat simpanan dalam simpanan SSPN.
08:10Mana tahu bertuah, akan mendapat hadiah sebanyak RM200,000 yang disediakan dan mencari seramai 130 pemenang untuk siri ini.
08:19Nak menyertai senang sahaja, kalau belum ada akaun, buka akaun sama ada simpanan SSPN Prime ataupun simpanan SSPN Plus.
08:27Dengan simpanan sekurang-kurangnya RM100 dalam Prime ataupun RM50 dalam Plus, secara otomatik, ibu bapa telah pun layak menyertai cabutan ini.
08:37Dan kalau membuat simpanan melalui MyPT-PTN, peluang cabutan adalah berganda.
08:44Jadi rebutlah peluang ini dan di samping itu kita ada juga cabutan wow simpanan SSPN sehingga akhir tahun, sehingga 31 Desember.
08:53Mungkin ada yang tak sempat untuk simpan 30 April.
08:56Keseluruhan hadiah yang kita tawarkan adalah sebanyak RM1.1 juta dengan bilangan pemenang seramai 290 orang.
09:04Cukup menarik sekali.
09:05Mungkin Puan berbaki dalam lebih kurang dalam 2 minit perbincangan kita ini, mungkin Puan boleh kongsikan juga kelebihan simpanan SSPN yang boleh menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia, serta harapan dan juga pesanan Puan kepada rakyat Malaysia.
09:18Saya nak kata simpan SSPN ini adalah produk yang sangat istimewa.
09:22Sebab apa?
09:22Yang pertamanya tidak ada simpanan yang ada pelepasan taksiran cukai.
09:27Kalau kita menyimpan, maksimum simpanan besi RM8,000 setahun.
09:31Jadi, penjimatan itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.
09:35Yang keduanya, kita ada perlindungan takaful, sama ada secara percuma ataupun secara pakej melalui pakej simpan SSPN yang kita masuk.
09:44Yang ketiga, istimewa untuk mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
09:48Dan di bawah belanjawan 2025, kita telah naikkan kepada RM6,000 dan ke bawah iaitu geran sepadan.
09:56Atau sekarang di bawah belanjawan 2025, kita panggil GAPAT, yang mana kerajaan akan beri padanan.
10:01Kalau ada simpan RM5,000, kerajaan akan beri RM5,000 juga kalau anak dapat masuk IPT.
10:09Jadi, inilah kita nak tunjukkan bahawa simpan SSPN ini adalah satu instrumen perancangan kewangan untuk anak masuk IPT.
10:15Macam perlindungan takaful tadi, kalau ibu bapa meninggal dunia, kita berikan manfaat takaful dollar to dollar, ringgit keringgit ataupun melalui pakej yang dimasuki oleh ibu bapa,
10:27maka anak itu tetap tidak ada masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian.
10:31Dan yang penting sekali kepada masyarakat beragama Islam, produk ini adalah produk patuh syariah dan juga dijamin oleh kerajaan.
10:40Jadi, harapan PT-PTN kepada semua rakyat Malaysia simpan SSPN ini tidaklah menjadi produk yang ada dalam setiap isi rumah.
10:49Kita berharap sekurang-kurangnya satu rumah mendapat manfaat daripada keistimewaan simpan SSPN.
10:56Kepada ibu bapa juga, saya ingatkan simpallah duit raya anak-anak dalam simpan SSPN, berhemah dalam berbelanja.
11:04Semoga dengan simpanan kita itu juga akan memudahkan kejayaan anak kita di IPT nanti.
11:10Dan tidak terlambat, selamat air raya saya ucapkan kepada semua, terutamanya pelanggan-pelanggan PT-PTN.
11:16Terima kasih Puan Mastura Muhammad Khalid, Ketua Pegawai Operasi PT-PTN.
11:20Dan sudah tentu, seperti yang dinasihatkan Puan Mastura tadi, duit-duit raya anak-anak itu tabung-tabunglah.
11:27Simpan-simpanlah untuk masa hadapan anak-anak.
11:30Dan insyaAllah dari semasa ke semasa, Puan, kita akan terus bersiaran.
11:32Terima kasih sekali lagi dan selamat Hari Raya.
11:35Dan selepas ini, anda akan bersama dengan Nina Rozman.
11:38Dan jangan lupa untuk simpan dengan PT-PTN.
11:41Terima kasih kerana menonton!
12:11Terima kasih kerana menonton!