aib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan dijangka terus mengalami dagangan tidak menentu, mencerminkan naik turun yang dilihat pada sepanjang minggu lepas.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Bursa juga tidak kurang menerima tempias daripada ketidaktentuan ekonomi global ketika ini
00:06di mana ketidaktentuan yang semakin meningkat di pasaran global dijangka menjejaskan sentimen pelabur
00:11yang berpotensi menghirit Bursa Malaysia ke arah trend tidak menentu minggu ini.
00:16Ia berikutan ketegangan mengenai tarif antara Amerika Syarikat dan China yang masih belum diselesaikan.
00:24Naik Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sedang Berhad, Tong Pakling berkata
00:29Bursa tempatan dijangka terus mengalami dagangan tidak menentu mencerminkan naik turun yang dilihat pada sepanjang minggu lepas.
00:38Katanya tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang meningkatkan petikaian dengan China
00:43dijangka menambahkan lagi ketegangan dan memberi tekanan selanjutnya terhadap prospek ekonomi global.
00:50Pada Jumaat, China mengumumkan peningkatan tarif ke atas import daripada Amerika kepada 125%
00:56sebagai tindak balas terhadap keputusan Trump untuk menaikkan duti ke atas barangan dari China kepada 145%.
01:03Langkah tindak balas itu telah menambah kebimbangan mengenai perang perdagangan yang berlarutan
01:09meningkatkan kerisauan terhadap potensi gangguan kepada rantaian bekalan global.
01:14Di dalam negara, Tong menjangka FBM-KLCI akan berada dalam Julat 1430 hingga 1493 pada minggu ini.
01:24Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata
01:29walaupun terdapat penangguhan sementara tarif hubungan ekonomi Malaysia yang erat dengan China,
01:34sasaran utama tekanan perdagangan Amerika terus mendedahkan negara ini kepada risiko penurunan.
01:39Walaupun dengan pelaksanaan moratorium tarif selama 90 hari,
01:44pasaran katanya sedang dalam keadaan tidak menentu.
01:47Ujanya, pasaran dijangka kekal dalam jajaran kecil dan amat sensitif terhadap apa-apa berita utama.
01:55Bursa Malaysia diniagakan dalam dagangan tidak menentu minggu lalu
01:58apabila pengumuman berkaitan tarif mengekalkan sentimen pasaran yang resah
02:02mencerminkan turun naik di Wall Street dengan indeks utama bergerak antara untung dan rugi pada sepanjang minggu.
02:09Pada asas Jumaat Kejumaat, indeks utama susun 49.38 mata kepada 1,454.76 daripada 1,504.14 pada seminggu sebelumnya.