Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/14/2025
Ringgit dijangka diniagakan antara paras 4.41 hingga 4.42 berbanding Dolar AS minggu ini, memberi isyarat positif kepada pasaran tempatan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan penurunan Indeks Dolar (DXY) ke bawah 100 mata menjadi petunjuk utama pergerakan mata wang global minggu ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sedikit perkembangan masih lagi berkait dengan tarif ini di mana ringgit dijangka meningkat minggu ini berbanding dolar Amerika diunjurkan diniaga antara paras 4.41 dan 4.42 di mana Ketua Ahli Ekonomi Bank Mualat Malaysia Berhad, Muhammad Abzan Izzam Abdul Rashid berkata pergerakan indeks dolar Amerika akan menjadi tumpuan setelah susut kepada 99.758 mata pada Khamis.
00:26Kata beliau ringgit mungkin akan terus meningkat sekiranya indeks dolar kekal lemah, Muhammad Abzan Izzam berkata perang perdagangan Amerika Syarikat, China yang sedang berlaku sekarang akan kekal sebagai faktor utama mempengaruhi sentimen pasaran.
00:40Beliau berkata ketidaktentuan terhadap pengumuman oleh petabiran Amerika Syarikat bakal menyebabkan pasaran bersikap berhati-hati kerana pelabur sukar untuk menilai sama ada perkembangan itu akan memberi kesan positif atau negatif kepada ekonomi global.
00:54Sementara itu, pengarah urusan-pengurusan aset SPI Stephen Innes menjagakan pasaran pertukaran asing akan stabil minggu ini.
01:02Katanya, kesan perang perdagangan semakin reda apabila ia beralih daripada kebimbangan yang didorong oleh dasar kepada perkara berkaitan politik.
01:10Pada minggu sebelumnya, ringgit naik kepada 4.4200 berbanding dolar Amerika daripada 4.4335 minggu sebelumnya.

Recommended