Dua Set Tren Elektrik (ETS) yang dijangka tiba daripada pembekal di China pada April ini, akan mula beroperasi menjelang Ogos.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kedua-dua tren itu akan melalui pemeriksaan selama tiga hingga empat bulan sebelum boleh beroperasi.