[ LIVE ] BORAK BIBIR MERAH EKSKLUSIF YB DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI - WANITA BERASPIRASI MEMBINA LEGASI
Sempena bulan yang meraikan wanita, SinarPlus menerusi program talkshow Borak Bibir Merah tidak ketinggalan dalam memperkasakan golongan hebat ini dengan tema "Wanita Beraspirasi, Membina Legasi".
Lebih bermakna, episod kali ini yang berlangsung di Chef Kecik Boulangerie @ Tuah 1895 Bukit Bintang menampilkan YB Datuk Seri Nancy Shukri sebagai tetamu jemputan.
Wanita berjiwa besar yang berasal dari kampung itu kini berdiri megah sebagai pemimpin di arena politik tanah air. Ketahui bagaimana perjalanan beliau menakluk cabaran hingga mampu berdiri sebaris dalam gelanggang parlimen? Semuanya bakal dikongsikan secara eksklusif!
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja bijak dan berwibawa, malah anggun dalam setiap langkahnya.
Bersama beliau selebriti versatil, Ain Edruce yang tetap bertenaga dan bersahaja meskipun sedang sarat mengandung, memastikan sesi ini penuh warna dan gelak tawa!
Turut memeriahkan suasana, Sissy Imann, penyanyi berbakat besar yang menyerikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan suaranya yang unik dan memukau.
Dalam meraikan hari penuh makna itu, bagaimana pula pandangan lelaki terhadap perjuangan kaum hawa? Da’i Izzhar Nazri tampil berkongsi perspektifnya.
Jangan ketinggalan! Mari bersama-sama meraikan kehebatan wanita dalam satu perbualan penuh inspirasi!

Category
✨
People