Bubur Lambuk cukup sinonim setiap kali bulan Ramadan dengan pelbagai variasi dan cara masakan yang unik di setiap kawasan. Di Johor, keistimewaan Bubur Lambuk Masjid India Datuk Ahmad Awang atau lebih dikenali sebagai Masjid India Jalan Duke tampil dengan cita rasa tersendiri.