• 1 hour ago
"Bagaimana kita memastikan jurang (sosioekonomi) ini dikurangkan? Perkara ini terus berlaku, saya berkali-kali menyebut tetapi tidak mahu disambut di sebelah sana," jelas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kepada Dewan Rakyat.

Menurutnya peruntukan kepada enam negeri termiskin di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah jauh lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dan jumlah itu dikekalkan.

Rafizi berharap usaha menutup jurang sosioekonomi disambut baik kerajaan negeri dan kerajaan negeri mempunyai kerangka ekonomi yang mesra perniagaan untuk menarik pelaburan.

Recommended