• 2 days ago
Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk meneruskan projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) bernilai RM4 bilion, yang bertujuan menyalurkan gas dari Kimanis ke daerah pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.

Projek ini dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 tetapi dihidupkan semula tiga tahun kemudian oleh pentadbiran Perikatan Nasional.

Namun, kerajaan kini memutuskan untuk tidak meneruskannya selepas menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah pada 10 Januari 2023.

Recommended