Pemilik gerai yang didakwa menghina komuniti India baru-baru ini perlu diambil tindakan segera.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.