• 5 minutes ago
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled

Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini, dengan anggaran kos bagi seorang pelatih sebanyak RM2,000.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan PLKN 1.0 melibatkan kos tahunan RM565 juta dengan 71,300 peserta, manakala PLKN 2.0 berjumlah RM361 juta melibatkan 20,000 peserta.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan mengenai kos seorang pelatih PLKN 3.0 yang tinggi serta pengisian program dalam latihan ketenteraan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/710779/berita/nasional/kos-pelaksanaan-plkn-30-lebih-rendah---mohamed-khaled

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #plkn #parlimen #sidangdewanrakyat

Recommended