• 2 days ago
'Agong berkenan santap nasi lemak paru, rendang kerang’ - Mohd Nazri

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila dipilih menjadi restoran yang dikunjungi Sultan Ibrahim pada hari keputeraan 3 Jun 2024 lalu selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Syamira Liana Nor Ashaha.

Jurucakap yang juga pengurus bersama Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu, Mohd Nazri Samsuddin berkata, keberangkatan Sultan Ibrahim yang sudi mencemar duli untuk bertemu rakyat serta bersantap di restoran itu membangkitkan keterujaan dalam kalangan pekerja dan pelanggan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/709628/berita/nasional/agong-berkenan-santap-nasi-lemak-paru-rendang-kerang

#SinarHarian #BeritaSemasa #SetahunSultanIbrahim #Agong

Category

🗞
News

Recommended