• 3 minutes ago
Syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, P2 Biotech menyambut baik seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan keperluan revolusi teknologi dalam industri getah semasa Konvensyen Pegawai RISDA 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin dalam satu kenyataan, seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.

Recommended