• 1 hour ago
"Orang Menjauh Saat Kita Susah" Semangat Anak Felda Ubah Nasib Keluarga, MJ Sebak Pernah Dihina Miskin

Saat kita susah, banyak yang menjauh. Diri dipandang rendah, keluarga dihina miskin. Bukan mahu menyesali takdir, tapi sekadar berkongsi keperitan hidup MJ (Mak Jerung) atau Ieza Yusof membesar sebagai anak Felda di Johor.

Dari kisah hidup MJ, mengajar kita bagaimana hebatnya seorang wanita bangkit mengubah nasib keluarga. Hari ini, MJ tumbuh menjadi sosok berguna dan membanggakan ibu bapa. Enggan terus hidup dalam belenggu kemiskinan, MJ memanfaatkan ilmu kewangan dengan membantu masyarakat menguruskan belanja. Wanita IKON Wilayah Persekutuan 2024/26 itu menjadi inspirasi ramai yang pernah turut berada di tempatnya dahulu.

#majalahnona
#inspirasinona

Recommended