• 2 days ago
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion. Import meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion, melepasi paras RM1 trilion bagi tiga tahun berturut-turut. Bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin membincangkan antara langkah yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhan ini sejajar dengan objektif pembangunan mampan dan keupayaan ekonomi untuk terus bersaing di peringkat global.

Recommended