• 2 days ago
Tempoh hukuman penjara pengasas Kumpulan Cahaya ditambah lagi

Baru sehari dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, seorang lelaki Singapura yang merupakan pengasas Kumpulan Cahaya menerima hukuman penjara tambahan tiga tahun sembilan bulan pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Idris Ami, 60, dijatuhkan hukuman berkenaan selepas dia membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah tahun lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2009.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697620/berita/semasa/tempoh-hukuman-penjara-pengasas-kumpulan-cahaya-ditambah-lagi

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #mengajartanpatauliah

Recommended