• last year
NAFFCO perkenal teknologi pengurusan bencana - Ahmad Zahid

Malaysia dijangka dapat meraih manfaat besar daripada penggunaan teknologi inovatif seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk NAFFCO.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, teknologi ini berpotensi memperkukuhkan sistem pengurusan bencana negara sekali gus meningkatkan keupayaan negara dalam menangani cabaran semasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/.../naffco-perkenal...

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Naffco #AI
See less

Recommended