Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Prof. Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata kerajaan perlu kembali merujuk kepada pendekatan yang pernah dilakukan semasa era pentadbiran Tun Abdul Razak dalam menganani jurang teknologi dalam kalangan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil. Jelasnya, pada tahun 70-an kerajaan lebih menumpukan kepada tindakan membawa teknologi langsung kepada pengusaha tani berbanding bertindak selepas borang permohonan dilengkapkan. #AgendaAWANI
Category
🗞
News