• 1 minute ago
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kementerian pendidikan diberi peruntukan sebanyak RM64.1 bilion untuk 2025, berbanding RM58.7 bilion ringgit tahun ini, sekali gus menjadikan ia peruntukan tertinggi dalam sejarah.

Beliau berkata, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

RM1 bilion dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah, terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur, termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas.

Sementara RM1 bilion lagi dikhususkan menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah, terutamanya di Sabah dan Sarawak, manakala 44 sekolah baharu akan mula dibina.

Recommended