• minggu lalu

KOTA KINABALU, DIO-TV.COM, Sabtu, 12 Oktober 2024 -Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan Menilai Pengagihan Bajet Daripada Persekutuan Malaysia ke Sabah dan Sarawak Adalah Tidak Adil, Melanggar MA1963 di Parlimen Persekutuan Malaysia, 6 Mac 2023 Tahun Talu.

KUALA LUMPUR, DIO-TV.COM, Sabtu, 12 Oktober 2024 – Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, bercakap kuat di Parlimen Malaysia, 6 Mac 2023 tahun lalu.

Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah II, berucap sebagai ahli Parlimen Persekutuan Malaysia, P.180 Keningau.

Di Kuala Lumpur, 6 Mac 2023, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, berkata soalan bajet bagi 2023.

Adalah merupakan bajet terbesar dalam sejarah dengan memperuntukkan RM388.1 bilion.

Bajet pembangunan sebanyak RM99 bilion, dan tumpuan kebajikan terutama sekali kumpulan B40 juga tidak terabai.

Pengagihan belanjawan yang tidak adil untuk Sabah dan Sarawak, bentuk pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 (M1963)

“Walaubagaimanapun, dari segi pandangan Sabah dan Sarawak ada kekecewaan sedikit.”

“Disebabkan agihan peruntukan pembangunan itu masih lagi mengikut acuan yang lama. Masih lagi tidak adil kepada Sabah dan Sarawak!”

“Kerana daripada RM99 bilion bajet untuk pembangunan ini.”

“87 peratus masih lagi untuk Semenanjung, dan hanya 6.5 peratus kepada Sabah, 5.6 peratus kepada Sarawak,” kata Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan.

Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, berkata, sangat mengecewakan dari segi pembangunan.

“Kerana yang memerlukan pembangunan ini adalah Sabah dan Sarawak. Kerana apa?”

“Kerana Sabah dan Sarawak masih mundur, masih ketinggalan, masih mempunyai potensi yang banyak untuk dimajukan dan dibangunkan.” ***

Sumber: Parti STARSabah Media

Category

🗞
Berita

Dianjurkan