• 2 months ago
Tahniah kepada Dato' Seri @nazirhussin10 , pemilik pertama Ducati Multistrada V4 RS 2024 di Malaysia. Nama beliau sinonim dengan motosikal Ducati, selepas mencuri perhatian dengan Ducati Superleggera V4 sebelum ini.

Multistrada V4 RS 2024 menggabungkan elemen sportbike dengan prestasi hebat, hadir dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale dari Streetfighter V4 yang menghasilkan 180 hp, atau 192 hp dengan ekzos Akrapovič.
Ia menggantikan enjin Granturismo V-4, menawarkan lebih kuasa dan agresif.

Ciri-ciri lain termasuk rim Marchesini 17 inci, suspensi Öhlins Smart EC, rangka monokok aluminium, dan subframe titanium. Reka bentuk karbon ringan dengan livery MotoGP serta nombor siri eksklusif menambahkan lagi aura sporty dan mewah.

Nak cari motosikal Ducati boleh datang ke @ducati_kualalumpur

#rodapanas #rodapanasmy #rodapanasmalaysia #ducati #ducatikl #multistrada