• 2 months ago
Motosikal kembara merupakan salah sebuah model yang paling makan modal selain model super sport.

Kenapa mahal? Sebab kebanyakan motosikal kembara hadir dengan perincian elektronik yang canggih dan kualiti yang terjamin + aksesori tambahan ikut citarasa masing-masing.

Namun, pada zaman ini jenama besar seperti Suzuki hadirkan model kembara dengan harga mampu milik khusus untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dalam segmen ini.

Jemput tonton untuk lihat kelebihan dan kekurangan model V-Strom 250SX ini.