Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan

  • 38 minit lalu
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan

Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada 2019, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Menerusi notis rayuan yang difailkan pada 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, 29, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim, Norazlin Othman yang menjatuhinya hukuman berkenaan, pada 30 Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/687293/berita/semasa/kes-rogol-dai-syed-fail-rayuan-hukuman-10-tahun-jel-tiga-sebatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #DaiSyed

Disyorkan