• 2 months ago
DUA jejaka tinggi lampai, Zubir Khan dan Ezra Kairo rasanya tak perlu diperkenalkan lagi apabila populariti mereka sedang mencanak naik dengan lantunan lagu Oh My Kandhale.

Karya dwibahasa gabungan genre muzik Melayu dan Tamil yang kian meniti bibir peminat khususnya anak muda itu turut menjadi muzik latar sempena salah satu persembahan di Dataran Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

Aura anak jati Selangor dan Kuala Lumpur cukup menyerlah. Sempena sambutan Hari Malaysia, SinarPlus tidak melepaskan peluang untuk mempelawa mereka sebagai wajah muka hadapan bagi sisipan minggu ini.

Menariknya, menggali lebih mendalam kisah persahabatan mereka yang sudah termeterai sejak tahun 2019 itu rupa-rupanya bermula yang kisah lucu.

Meski masing-masing sudah berjaya menempah nama dalam industri muzik tanah air, namun terpalit kisah duka yang meninggalkan trauma. Apakah insiden tersebut?

Selain berkongsikan apakah makanan kegemaran dan misi penting yang mahu direalisasikan, kedua-dua anak muda berjiwa besar itu juga tak lokek berceritakan perihal zaman kecil.

Apa lagi yang dikongsikan buat peminat? Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk menonton video pendek ini.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #zubirkhan #ezrakairo #selebriti #instafamous #penyanyi #pelakon #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: ZUBIR KHAN (@zubirkhan_) & EZRA KAIRO (@ezrakairo)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR
@Ezra Kairo @Zubir Khan

Category

People

Recommended