• 2 months ago
Dua wanita berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata polis menerima maklumat dalam kejadian 6.40 pagi individu terbabit yang sedang berjoging telah diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan memerang dari arah belakang. 

Category

🗞
News

Recommended