Perkhidmatan internet dan data mudah alih digantung selama lima hari serta perintah berkurung tanpa had dikenakan di beberapa kawasan di negeri Manipur, timur laut India. Langkah itu susulan protes pelajar berhubung ketegangan etnik yang berlarutan dan bertukar ganas.