PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan - Fahmi

  • 3 hari lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.
Fahmi berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Category

🗞
News

Disyorkan